Pertandingan Pendidikan Lalulintas MKJR/Shell Peringkat Negeri 2011

Pada 18 Mei 2011, SK Salak Nama telah menghantar pelajar ke Pertandingan Pendidikan Lalulintas MKJR/Shell Peringkast Negeri 2011. Pasukan ini telah diketuai oleh GPK HEM Pn. Rohana bt. Mohd Zain, Cikgu Abd. Aziz bin Manat dan Ustaz Wan Zafri bin Wan Yaacob.

Pertandingan Pesta Muzik Daerah Rembau 2011.

Pada 26 April 2011, SK Salak Nama telah menghantar 2 pelajar iaitu Mohd Hanif bin Mislam dan Umi Kalsum bin Saiful Lizam dalam acara Nyanyian Solo ke Pertandingan Pesta Muzik Daerah Rembau 2011. Alhamdulilah, seorang pelajar perempuan SKSN telah menjadi naib Johan iaitu Umi Kalsum yang membawa lagu "Kau Kunci Cintaku" oleh Ramlah Ram. Tahniah.

Program Kemasyarakatan Milo

Pada 11 April 2011. Program Milo percuma untuk pelajar SKSN.

Ayah bangga dengan kejayaan anak-anaknya.

Pasukan Olahraga SKSN 2011 bersama Guru Besar, GPK dan Jurulatih.

Pasukan Olahraga SK Salak Nama 2011 bergambar dengan pingat yang dimenangi.

Pasukan 4 x 100m lelaki bawah 10 tahun sekolah SKSN diwakili oleh 2 pelajar tahun 2 yang berumur 8 tahun iaitu Muhammad Aiman bin Abd. Aziz dan Mohd Azrin bin Rosman tetapi masih mampu mendapat pingat Perak. Syabas diucapkan kepada kedua-dua pelajar tersebut.

Pasukan 4 X 100m perempuan menerima hadiah

Kejohanan Olahraga MSS Daerah Rembau 2011

Pada 4 hingga 7 April 2011 Sekolah SK Salak Nama telah menghantar pelajar ke Kejohanan Olahraga MSSDR 2011. Alhamdulilah pada tahun ini pasukan SK Salak Nama telah mencapai kejayaan yang cemerlang dengan memenangi 4 emas 5 perak dan 4 gangsa dan menduduki tempat ketiga keseluruhan. Tahniah diucapkan kepada semua warga SKSN khasnya kepada Ketua jurulatih, Cikgu Nasaruddin Ahmad.

Bulan Bahasa Inggeris 2001

Bulan April merupakan bulan Panitia Bahasa Inggeris. Banyak aktiviti yang dijalankan sepanjang bulan tersebut. Pelajar yang terlibat menjayakan bulan terebut menerima hadiah daripada guru Besar Cemerlang SKSN.

Pertandingan Bola Baling Peringkat Daerah Rembau 2011

Pada 30 Mac 2011 SK Salak Nama telah mengambil bahagian dalam Pertandingan Bola Baling Peringkat Daerah Rembau 2011. Tetapi keputusan kurang memuaskan. Insyaalah tahun depan cuba lagi. Sebelum ini SK Salak Nama merupakan kuasa besar dalam sukan bola baling peringkat daerah Rembau,

Bergambar bersama-sama abang dan kakak SM Sains Rembau

Gambar bilik Asrama Puteri. Bilik anak saya.

Pusat Sumber SM Sains Rembau sungguh cantik, ceria dan selesa.

Bertukar cenderamata antara GPK kedua-dua sekolah

Program Motivasi Pelajar Tahun 6 ke Sek Men. Sains Rembau

Pada 29 Mac 2011 Pelajar Tahun 6 SK Salak Nama telah mengadakan lawatan ke Sek. Men. Sains Rembau untuk melihat sendiri kemudahan dan peluang yang boleh diperolehi sekiranya mereka berjaya mencapai keputusan yang cemerlang dalam UPSR 2011 dan untuk memotivasikan mereka supaya belajar bversungguh.

Mesyuarat Agung PIBG SK Salak Nama 2011




Pada 28 Mac 2011, SK Salak Nama telah mengadakan Mesyuarat Agung PIBG yang telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Rembau, YB Tuan Khairy Jamaluddin.



Pelajar-pelajar sedang tekun membuat kerja masing-masing.

Minggu Pendidikan Seni 2011




Pada 11 Mac 2011 Panitia Pendidikan Seni telah mengadakan Minggu Panitia Pendidikan Seni bertempat di dewan Terbuka SK Salak Nama. Cikgu Zuraidah telah menjalankan aktiviti tersebut.

Gambar Guru-guru SK Salak Nama 2011






Pelajar menerima hadiah langganan Majalah Kuntum untuk satu tahun berupa T-Shirt dan untuk langgan 2 tahun berupa beg.



Guru-guru juga tidak melepaskan peluang bergambar dengan Comel




Pelajar yang berjaya memenangi hadiah.

Kempen Galakan Membaca Majalah Kuntum




Pada 2 Mac 2011, Sekolah Kebangsaan Salak Nama telah terpilih oleh pihak Majalah Kuntum untuk mengadakan Kempen Galakan Membaca. Pelajar-pelajar sekolah ini sungguh bertuah kerana telah diberi penerangan yang begitu jelas tentang Majalah Kuntum selain dapat bertemu dengan Maskot "Comel" selain diberi Majalah percuma dan berpeluang memenangi hadiah.

HARI ANUGERAH Q SK SALAK NAMA 2010

Adik Nurul Ayuni bt. Abd Aziz menerima hadiah sebuah basikal setelah dipilih sebagai pelajar terbaik Sekolah Kebangsaan Salak Nama bagi Tahun 2010 daripada Pegawai Pelajaran Daerah Rembau, Datin Hajah Naemah bt. Ahmad Dahalan. Sekolah Salak Nama juga mencatat keputusan yang cemerlang dalan UPSR 2010 dengan Gred Purata Sekolah 1.77.


Antara pelajar yang menerima Anugerah


PPD Rembau menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Hari Q SKSN 2010







Antara tetamu yang hadir pada majlis tersebut ialah Pegawai Pelajaran Daerah, Daerah Rembau Datin Hajah Naemah bt Ahmad Dahalan, YDP PIBG Dato Merbangsa Azmi bin Ahmad, Guru Besar Cemerlang SKSN, En Muhamad Dah bin Yasin, Pengerusi JKK serta ibu bapa penjaga murid. Persembahan dari murid Prasekolah












SEKOLAH KEBANGSAAN SALAK NAMA DALAM PEMBINAAN